Pensel : Saya minta maaf .
Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun .
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya , awak cedera .
Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ
untuk membetulkan kesilapan saya .
Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya ,
awak kehilangan sebahagian dari diri awak .
Awak menjadi semakin kecil .
Pemadam : Itu betul .
tapi saya langsung tak kisah tentangnya
kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak buat .
Walaupun suatu hari nanti saya tahu saya pasti akan hilang ,
saya berbangga dengan kerja saya ini .
Jadi janganlah risau.
Saya tak mahu melihat awak bersedih :')
# Ingatlah, ibu bapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam
manakala kita pula sebagai Pensel.
Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan.
mereka ibarat pemadam terbaik dalam menghilangkan kesedihan kita .
Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka.
# Jagalah ibu bapa anda dan balaslah jasa mereka dgn kebaikan :)
# begitu juga dengan sahabat .
- y0shihara -


No comments:
Post a Comment