Domo-kun Staring

Saturday, March 23, 2013

:: selamat ulang tahun abah ! ::



20 Mac 1968 .

dari kecil sampai la besar .
aku tak pernah lupa jerit kat abah .

" HAPPY BIRTHDAY ABAH ! "

tak pernah .
walaupun hanya jeritan kecil dalam hati .
sebatang pena di atas secebis kertas .
mahupun di atas kad .
hasil tanganku sendiri .
ataupun hanya sebuah pesanan ringkas .
sebagai saluran untuk aku meluahkan ucapan istimewa ini .
yang tak terucap di bibir seperti anak2 yang lain .
bukan ego .
bukan malu .
cuma aku lebih senang menyampaikan dengan cara ini .

dari kecil sampai la besar .
aku tak pernah dengar dari bibirnya berkata 

"HAPPY BIRTHDAY ADIK !"

tetapi hanya hadiah kadang kadang .
aku tidak kisah .
dia mungkin menyampaikan melalui perbuatan .
cukuplah pengorbanan dia selama ini .
begitu juga aku .
aku tahu kita berdua boleh memahaminya .
kerana
kau bapa aku anak .




adik pernah sekali je tengok abah potong kek .
nah kek ni adik bagi .
potongla lagi .
adik nak tengok :')


moktey pon nak tengok .
sempena ulang tahun abah yang ke - 45 .
adik doakan semoga abah dipanjangkan umur .
dimurahkan rezeki .
amin .

sincerely ,
-adik-







No comments:

Post a Comment